Product Description
This one bukan original dari italy tapi kita buat ada persamaan, secara jujurnya tiramisu dekat italy ada pelbagai rasa. Ada yang rasa manis, ada rasa mascorpone cair, ada yang rasa terlebih coffe dan memang susah nak jumpa yang sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Allah swt. *tiup awning tudung*
Untuk tiramisu ni, base layer pertama kita letakkan chocolate cake yang direnjis bersama air kopi dan layer kedua adalah lady finger yang direndami kopi. Kami juga menggunakan dua jenis layer cheese iaitu mascarpone & cream cheese biar dia rasa lemak berkrim!
Jadi untuk mengikut tekak saya & majoriti orang Malaysia, tiramisu ni kita olahkan supaya dapat dinikmati oleh semua lapisan umur.